DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat Penguatkuasaan terhadap Kenderaan Perkhidmatan Awam ( KPA ) dengan tumpuan utama kenderaan bas pekerja. Penguatkuasaan ini bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan kepada pemandu atau pengusaha KPA ini yang tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa dibawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987 dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) 2010.
Penguatkuasaan diadakan pada petang semalam di kawasan Perindustrian Bayan Lepas. Kesalahan dikesan tiada lesen PSV dan kesalahan teknikal.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang