SUKAN WADAH PENYATUAN RAKYAT MALAYSIA

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kedah melalui Kelab MKN Kedah telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Perlawanan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan itu menyaksikan pasukan MKN Kedah berjaya mengatasi cabaran daripada JPN Kedah.

Namun bukan itu yang menjadi keutamaan. Bersempena dengan Bulan Keselamatan Negara 2024 (#BKN2024) yang disambut sepanjang Julai ini, jabatan ini ingin berpesan kepada semua untuk beriadah secara sihat.

Sukan merupakan satu wadah yang mampu menyatukan rakyat Malaysia. Ingat lagi perlawanan Pestabola Merdeka? Masih ingat perlawanan Piala Thomas? Dan baru-baru ini, ingat lagi bagaimana pasukan sepak takraw negara berjaya merangkul gelaran juara dunia?

Ketika itu, rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama bersorak, memberi sokongan tanpa belah bahagi kepada pasukan kebangsaan. Sorakan itu juga secara tidak langsung menjelmakan keharmonian sesama kita.

Namun begitu, kurangnya semangat kesukanan, keinginan yang terlalu kuat untuk menang mengakibatkan kegagalan mengawal emosi, boleh mendorong kepada perilaku yang tidak sihat.

Beberapa kejadian yang berlaku dan tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan suatu tren yang membimbangkan. Pergaduhan antara pasukan, pengadil perlawanan yang dijadikan sasaran, ancaman kepada atlet negara dan perang mulut antara penyokong menbuatkan aktiviti sukan menyimpang dari tujuan asal.

Secara tuntas, bersukanlah secara sihat, bersainglah dengan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga sukan akan terus menjadi platform yang menyatupadukan rakyat Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut