HASIL RISIKAN KPDN TERENGGANU BERJAYA RAMPAS DIESEL, TANGKI SKID BERNILAI RM100K

Sejumlah 25,000 liter minyak diesel dan dua tangki skid bernilai RM111,750 berjaya dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, 2 Julai lalu. Pengarahnya, Sharuddin Mohd Kia berkata, serbuan dilakukan di sebuah tapak projek kawalan hakisan pantai di Kampung Mengabang Kapal, Kuala Nerus.

Menurutnya, serbuan dilakukan lapan orang anggota dan pegawai penguat kuasa KPDN Terengganu bersama lapan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 2.30 petang. Risikan dilakukan selama seminggu sebelum serbuan dijalankan dan pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati pihak syarikat kontraktor tersebut gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada pengawal bekalan untuk menyimpan minyak diesel di lokasi itu.

Dianggarkan terdapat kira-kira 25,000 liter minyak diesel di dalam kedua-dua tangki skid yang ditempatkan di tapak projek tersebut. Seorang lelaki warga tempatan disyaki penyelia di tapak projek, berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Kertas siasatan susah dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: Bernama, Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut