KASTAM SABAH RAMPAS MINUMAN KERAS GUNA SETEM CUKAI PALSU BERNILAI LEBIH RM362,300

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 6,481.8 liter minuman keras yang mempunyai setem cukai palsu dianggarkan bernilai RM362,319.54 termasuk cukai.

Rampasan itu dijalankan Bahagian Penguatkuasa Kastam Zon Sabah, Tawau, menerusi Ops Macan Legit di dua premis berasingan di Jalan Dunlop dan Jalan Tawau Lama pada 13 Mac dan 25 Jun lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, serbuan pertama menemui sejumlah kotak minuman keras buatan tempatan yang mempunyai setem cukai Kastam palsu.

Katanya, barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM206,814.29 termasuk cukai.

“Operasi kedua di sebuah premis berasingan dan hasil serbuan menemui sejumlah kotak minuman keras buatan tempatan yang mempunyai setem cukai Kastam yang palsu.

“Barang rampasan itu dianggarkan bernilai RM155,505.25 termasuk cukai,” katanya dalam sidang media di pejabat Kastam Zon Tawau, di sini, semalam.

Setem cukai palsu digunakan pada minuman keras yang dirampas Kastam Sabah dalam dua serbuan berasingan di Tawau.

Beliau berkata, notis sitaan dikeluarkan kepada kedua-dua pengurus premis lelaki warganegara berusia 46 dan 55 tahun dan diarahkan hadir ke pejabat Cawangan Penguatkuasaan Kastam Tawau.

“Modus operandi kedua-dua rampasan iaitu menggunakan setem cukai palsu seakan-akan setem cukai yang sah.

“Nilai keseluruhan kedua-dua rampasan berjumlah RM362,319.54 termasuk cukai,” katanya.

Menurutnya, sementara barang-barang bukti disita dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Kastam Tawau untuk siasatan serta tindakan lanjut mengikut Seksyen 74(1)(a) Akta Eksais 1976.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

“Kastam juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan,” katanya

 

.#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …