HAJIJI MAHU ISU PALA’U, BANJIR DITANGANI SEGERA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua jabatan dan agensi berkaitan di negeri ini supaya menangani segera isu masyarakat Pala’u dan banjir.

Dua perkara itu adalah antara isu yang ditekankan Hajiji ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat berkenaan membincangkan pelbagai isu semasa yang berlaku di negeri ini dan Ketua Menteri mengarahkan semua ketua serta jabatan yang berkaitan mengambil tindakan tegas dan pantas dalam menangani isu-isu semasa yang berlaku di negeri ini.

Ketua Menteri menegaskan, beliau tidak mahu isu-isu semasa itu menjadi lebih besar hingga menjejaskan reputasi negeri dan negara.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Pengarah Keselamatan Negeri merangkap Setiausaha JKKN Sabah, Datuk Noor Alam Khan A Wahid Khan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut