160 RUMAH KOLONI SETINGGAN DIROBOHKAN DI KOTA MARUDU

KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk rezab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan tanah rezab hutan, di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, dirobohkan, semalam.

Tanah yang ditinggalkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga tempatan di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, itu sebelum ini digunakan untuk kegiatan pasir silika.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tindakan perobohan ini penting bagi memastikan rumah-rumah berkenaan tidak menjadi penempatan PATI.

Zairolnizal yang mengetuai operasi perobohan rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas.

Katanya, ia juga dibimbangi akan menjadi penempatan anasir-anasir luar yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 12 jabatan serta agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Perhutanan.

“Operasi turut disertai Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SAFODA dan beberapa lagi agensi berkaitan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Rumah koloni setinggan yang dirobohkan di di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas.

Zairolnizal berkata, tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah bertarikh 15 Mei 2024.

Katanya, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

Pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi perobohan rumah koloni setinggan PATI di tanah milik kerajaan di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas.

“Tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal jenis Demak serta sebuah genset,” katanya. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …