“TOLONG ENCIK, SAYA CARI MAKAN SAHAJA BUKAN MENCURI” – PATI

“Cari makan bukan alasan untuk mencabul undang-undang dan merompak hasil negara ini!”, tegas Pegawai Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu (JIMNT) apabila dirayu oleh seorang lelaki warga Bangladesh meminta agar dilepaskan ketika ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah di sebuah tapak pembinaan di Kuala Besut.

Lelaki tersebut antara 27 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berjaya ditahan dalam OPS Sapu dan OPS Jaja yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JIMNT di sekitar Daerah Besut.

Hasil daripada operasi ini, sebanyak lima (5) premis dan 115 individu telah diperiksa, dari jumlah tersebut seramai 27 orang PATI ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan 25 warga Bangladesh dan dua (2) warga Pakistan.

Sementara itu, tiga (3) majikan dan pemilik premis turut dipanggil untuk diambil keterangan atas kesalahan melindungi dan menggaji PATI dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/ 63.

Sekiranya anda mempunyai maklumat yang lengkap mengenai keberadaan PATI, aduan rasmi boleh disalurkan ke Bahagian Penguatkuasaan JIMNT melalui saluran-saluran berikut:

– 09-622 3425

– enforce_trg@imi.gov.my

https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN

 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut