SARUNG BUAH CEMPEDAK DARI SETIU TERIMA PERMINTAAN TINGGI

 Abd Ghani meraih kira-kira RM2,000 hasil jualan anyaman sarung cempedak yang setiap satunya               dijual pada harga 30 sen.

 

Seorang peniaga kedai runcit di Setiu meneruskan tradisi menjual sarung buah cempedak yang dianyam menggunakan daun bertam bagi meraih pendapatan sampingan. Abd Ghani Adam, 57 berkata, setakat ini dia mampu meraih kira-kira RM2,000 hasil jualan anyaman itu sejak ia mula dijual awal bulan ini. Menurutnya, sarung cempedak mendapat permintaan tinggi sepanjang musim buah kerana ia dapat melindungi buah tersebut daripada menjadi sasaran haiwan perosak. Zaman dahulu, sarung cempedak menjadi sumber pendapatan orang tua-tua, tetapi kini tidak ramai golongan muda berminat mewarisi kaedah pembuatannya kerana orang muda sekarang lebih gemar menggunakan sarung diperbuat daripada plastik atau kertas.

Sebenarnya, penggunaan sarung cempedak daripada daun bertam ada keistimewaan tersendiri kerana ia boleh bertahan sehingga dua musim buah-buahan. Beliau memberitahu, alatan tradisional itu kini sudah jarang dijumpai kerana proses pembuatannya agak rumit. Ujarnya, nak buat sarung cempedak ni agak susah kerana beliau sendiri perlu masuk ke hutan berdekatan Lata Payung, Setiu untuk mendapatkan bekalan daun bertam.

Proses mengumpul daun ini perlu dibuat dengan cermat kerana ia banyak duri. Setiap satu sarung cempedak perlu menggunakan daun bertam yang dianyam menggunakan dua pelepah. Setakat ini dia menghasilkan kira-kira 100 hingga 200 anyaman sarung cempedak dalam masa sehari di mana setiap satunya dijual pada harga 30 sen. Beliau akan menjual sarung cempedak itu di hadapan kedai runcit miliknya dan biasanya pelanggan yang mempunyai kebun akan beli sekitar 50 hingga 100 sarung untuk digunakan. Selepas anaknya memuat naik gambar alatan itu di laman media sosial, beliau menerima banyak tempahan daripada pelanggan dari Perlis, Pahang dan sekitar Terengganu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …