SISIPAN SEJARAH: MAJLIS MESYUARAT UNDANGAN PERSEKUTUAN TAMAT PERSIDANGAN

SISIPAN SEJARAH PADA 25 JUN 1959: MAJLIS MESYUARAT UNDANGAN PERSEKUTUAN TAMAT PERSIDANGAN AKHIRNYA AKAN DIGANTI DENGAN PEMBENTUKAN PARLIMEN SELEPAS PILIHANRAYA PARLIMEN

 Pada hari ini dalam tahun 1959, Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu telah menamatkan persidangan terakhirnya. Majlis ini akan dibubarkan pada 27 Jun 1959 bagi membolehkan sebuah Parlimen dibentuk melalui pilihanraya yang akan diadakan kelak. YB Dato’ Haji Abdul Malik, Speaker Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan, dalam ucapannya di persidangan terakhir tersebut menyatakan rasa puas hatinya tentang perjalanan Mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan selama ini dan berharap Parlimen yang akan dibentuk kelak akan dapat mencontohi perjalanan majlis terdahulu itu. Sementara itu, YAB Dato’ Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri, dalam ucapannya di mesyuarat terakhir ini telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Speaker Dato’ Haji Abdul Malik bagi pihak kerajaan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat serta rakyat di atas kerja-kerja Speaker yang penuh tanggungjawab tersebut. Beliau juga melahirkan harapannya agar Parlimen yang akan dibentuk selepas pilihanraya kelak akan mempunyai seorang Speaker yang berkebolehan dan berkaliber seperti Dato’ Haji Abdul Malik juga. Dengan berlangsungnya  persidangan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan yang terakhir ini maka bermulalah era baru dalam demokrasi berparlimen di negara ini.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut