DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Kempen keselamatan jalan raya terus dipergiatkan melalui medium sembang santai yang telah diadakan bersama Pejabat Kesihatan Pelabuhan & Lapangan Terbang Pulau Pinang. Program seumpama ini bertujuan memberi pendedahan dan menekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu dan penunggang sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah dan selamat di kalangan penunggang motosikal.
Sembang santai ini juga menekankan kepentingan memakai topi keledar yang mendapat pensijilan daripada SIRIM dan beberapa tips keselamatan pemanduan defensif turut dikongsi oleh penceramah.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang