π—£π—˜π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 𝗧𝗒𝗠𝗬𝗔𝗠 π—žπ—˜π—‘π—” π—•π—¨π—‘π—šπ—žπ—¨π—¦

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Dua buah kedai tomyam yang menjalankan perniagaan di Bayan Lepas telah diperiksa dalam serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang.
Seramai 18 orang telah di periksa di kedua lokasi terbabit dan hasilnya seramai 7 lelaki dan 6 wanita warga Thailand yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun telah ditangkap kerana disyaki melanggar syarat-syarat Pas.
Menurut Pengarah Imigresen Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata, pemeriksaan yang dijalankan ini adalah berdasarkan aduan awam yang diterima, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan tanpa kompromi ke atas setiap aduan yang diadukan.
Menurutnya lagi, siasatan ke atas pemilik perniagaan bagi kedua-dua premis terbabit akan dilakukan kerana disyaki mengambil kerja warga asing tanpa suatu Pas yang sah. Justeru itu, pengusaha atau pemilik kedai tomyam adalah diseru untuk memohon permit yang sah untuk menggajikan tukang masak warga Thailand atau mereka akan dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Sumber : JIM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …