OPERASI BERSEPADU “OPS CAKNA” PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM JKNT SIRI 3/2024

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melaksanakan Ops Cakna Peringkat Negeri Terengganu Siri 3 tahun ini yang diadakan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu. Seramai 120 anggota Penguatkuasa Kesihatan seluruh daerah dan dan ibu pejabat JKNT serta penglibatan agensi antaranya PDRM, KPDN, MBKT dan JPN terlibat dalam operasi ni.

Ops Cakna ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat melalui aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam dalam meningkatkan taraf kesihatan masyarakat yang meliputi ‘Ops Kedai Kite’ bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan dibawahnya, ‘Ops ugat-ugat’ bagi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP)1975 dan ‘Ops Gomo Asap’ melalui Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Dalam operasi ini sebanyak 110 premis telah diperiksa dengan 82 kesalahan telah dikeluarkan benilai RM 32,750.00 serta 137 item rampasan dengan nilai RM 1400.12. Kesalahan melibatkan 52 notis di bawah PPKHT, 21 kesalahan (PPKM) 2009, 4 notis di bawah PPM 1985 dan 5 kesalahan (APSPP). Selain itu sebanyak 3 premis makanan telah ditutup selama tempoh 14 hari di bawah seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana beroperasi dalam keadaan tidak bersih.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ingin memberi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan dalam meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan langkah pencegahan awal daripada pendedahan penyakit. Operasi sebegini akan diteruskan secara berkala dan berterusan melibatkan semua daerah di Negeri Terengganu.

 

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut