OP PTI BERSEPADU SERBU LOKASI KOLONI TERBESAR WARGA ASING

OPERASI: Skim Penempatan Telipok menjadi tumpuan dalam serbuan Op PTI Bersepadu IPD Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Seramai 20 pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina ditahan dalam Op PTI Bersepadu yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada 28 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, operasi terbabit tertumpu di Skim Penempatan Telipok dekat sini bermula jam 11 malam hingga 3.30 pagi.

Katanya, daripada jumlah tangkapan itu, 12 individu termasuk sembilan lelaki dan tiga wanita, dua lelaki ditahan atas kesalahan dadah, dan enam lelaki ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, operasi itu dilancarkan selaras dengan arahan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun untuk mengatasi masalah koloni PTI di sekitar daerah ini.

“Skim Penempatan Telipok turut dikenali sebagai antara koloni terbesar warga asing di Sabah.

“Kita akan membuat operasi rumah setinggan ini seminggu sekali seperti yang diarahkan bermula dengan bilangan kecil dulu kategori C sebelum pergi kategori B dan kategori A,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, kategori C melibatkan jumlah rumah setinggan di bawah 50 rumah dalam satu kawasan, manakala kategori B di bawah 200 rumah dan kategori A lebih daripada 200 rumah.

Justeru jelasnya, dengan cara itu, pihaknya akan membuat operasi dari semasa ke semasa dengan bantuan beberapa pihak seperti agensi penguat kuasa dan keselamatan serta dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Menurutnya, secara keseluruhan operasi berjalan dengan lancar walaupun faktor cuaca menyebabkan operasi sukar dijalankan kerana petugas berdepan dengan keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat.

Beliau berkata, operasi berkenaan disertai lebih 200 pegawai dan anggota termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sabah Electricity Sdn Bhd  (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …