𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—£π—Ÿπ—’π—šπ—šπ—œπ—‘π—š π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” 𝗛𝗔π—₯π—œ π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π—žπ—œπ—§π—”π—₯

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada komuniti untuk mempelajari cara mengasingkan sisa kitar semula dengan betul dan meningkatkan pengetahuan komuniti berkaitan aktiviti penguatkuasaan pengasingan sisa di punca melalui taklimat dan aktiviti pendidikan berkaitan pengasingan sisa di punca.
Selain itu, masyarakat juga diberi pendedahan tentang aktiviti penguatkuasaan pengasingan sisa di punca yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2024. Pelbagai produk Upcycle yang kreatif dan menarik juga telah dipamerkan kepada orang awam yang hadir dalam program ini dan penerangan berkenaan produk Upcycle juga telah diberikan bagi mendidik orang ramai yang hadir untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengasingan sisa di punca serta amalan kitar semula.
Terdapat juga aktiviti pendidikan berbentuk permainan bagi menguji kesedaran masyarakat tentang amalan menjaga alam sekitar iaitu :
1) Permainan Pengasingan Sisa Kitar Semula dengan memasukkan sisa yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang disediakan.
2) ⁠Aktiviti membuat sabun menggunakan minyak terpakai.
3) ⁠Aktiviti menanam anak pokok dan penggunaan baja kompos.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …