TUMPAT 30 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima enam serahan kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 728 liter minyak petrol dan lima buah kenderaan berpendaftaran tempatan, ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki barang kawalan.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.