TAWAU: Kerajaan negeri komited memastikan kekayaan budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini terus dikekalkan dan menjadi daya tarikan pelancong datang ke negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) adalah antara medan untuk mempromosikan khazanah budaya dan tradisi suku kaum yang diwarisi di negeri ini.
“Sabah terkenal sebagai negeri yang kaya dengan kepelbagai budaya etnik dan keindahan alam semula jadi yang unik serta menarik.
“Kepelbagaian budaya dan keindahan alam flora serta fauna itu adalah antara aset dan khazanah negeri yang amat bernilai.
“Oleh hal yang demikian, aspek budaya dan adat tradisi suku kaum serta keindahan alam semula jadi yang menjadi khazanah kita ini wajar terus diketengahkan menerusi festival ini.
“Usaha seperti ini sudah pasti merancakkan lagi pertumbuhan industri pelancongan di negeri ini, termasuk di Tawau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan FKAT Siri Kesembilan 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini, pada Sabtu.
Hajiji merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2024.
Hajiji berkata, penganjuran program seumpana itu turut memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat setempat, khususnya usahawan, untuk menjana
pendapatan melalui penjualan produk berunsur tradisi, seperti kraftangan dan makanan etnik.
Dalam pada itu, beliau berkata dengan siapnya Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) nanti, FKAT yang diadakan secara tahunan akan mempunyai bangunan kekal selain menjadi tempat penganjuran pelbagai program lain bertaraf dunia dan pusat pengembangan budaya yang utama di luar ibu negeri.
“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha murni seperti ini, iaitu pertama, ke arah melestarikan khazanah budaya turun temurun; kedua, mempromosikan sektor pelancongan; ketiga, membangunkan ekonomi rakyat dan negeri, dan keempat, memupuk perpaduan serta keharmonian rakyat.
“Sempena festival ini, peserta dari negara luar turut dijemput iaitu dari Indonesia, Thailand dan India. Ini sudah pasti secara tidak langsung turut mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara negara kita dengan negara-negara berkenaan.
“Saya berharap festival ini dapat dikekalkan menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mampu menyatupadukan rakyat melalui persembahan kebudayaan, malah sebagai wadah untuk melihat sendiri budaya dari negara luar,” katany
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: INFO X