RM16 JUTA KERUGIAN BABIT JENAYAH KOMERSIAL DI SEREMBAN

Sebanyak 489 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM16 juta direkodkan di daerah ini dalam tempoh Januari sehingga Jun. Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kes penipuan merekodkan jumlah kerugian paling tinggi iaitu RM15.4 juta dengan 458 kes direkodkan. Ia diikuti kes pecah amanah jenayah iaitu RM467, 524.48 (6 kes), jenayah siber RM9,301.76 (3 kes) dan wang palsu RM3,153(18 kes).

Berdasarkan statistik berbanding tahun lalu, kes-kes bagi kategori ini sudah menurun, tetapi kes penipuan pelaburan masih merekodkan jumlah kerugian paling tinggi dan ia menjadi sasaran sindiket ketika ini.  Menurutnya, seramai 25 individu telah pun dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan setakat ini.

Modus operandi terbaharu scammer adalah dengan menghantar jemputan Kod QR kepada individu tertentu di media sosial dan sekiranya dibuka suspek dapat mengakses akaun mangsa tanpa disedari. Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa-apa tawaran yang tidak pasti dan meragukan. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa termasuk yang bekerja dalam sektor korporat atau guru.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut