PROJEK ‘SOLAR PARK’ TASIK KENYIR BERTARAF DUNIA

Tasik Kenyir bakal menjadi lokasi utama untuk pembangunan ‘solar park’ bertaraf dunia dengan pelancaran projek baru oleh kerajaan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau Negeri, menyifatkan projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui teknologi hijau.

“Projek ‘solar park’ ini bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan tenaga hijau tetapi juga dijangka memberi sumbangan besar kepada ekonomi negeri. Teknologi hijau, seperti yang kita kenali dengan hidro Kenyir sebelum ini, kini kita akan mengembangkan lagi dengan ladang solar dan ‘solar park’. Tasik Kenyir adalah tempat yang sesuai untuk projek berkenaan.

Tambahan, projek itu akan menjadikan Tasik Kenyir sebagai salah satu daripada 10 lokasi solar park terbaik di dunia, berdasarkan potensi besar tasik itu untuk menghasilkan tenaga solar. Kerajaan juga merancang untuk membangunkan ‘solar park’ di atas air, yang menjadikan Tasik Kenyir unik dalam penggunaan teknologi hijau.

Terengganu merancang untuk membangunkan ‘solar park’ yang mempunyai manfaat ganda. Selepas solar, kami juga akan mempertimbangkan untuk menggunakan mini hidro dari sungai-sungai besar di kawasan ini, yang sebelum ini belum pernah diterokai.

Selain membawa pendapatan tambahan, projek solar park di Tasik Kenyir juga dijangka membuka peluang pekerjaan baharu dan mempromosikan penggunaan tenaga bersih dalam komuniti setempat. Projek ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam memimpin bidang teknologi hijau untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan mencapai matlamat ekonomi dan ekologi yang mampan.

Kerajaan negeri juga merancang untuk membangunkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan teknologi hijau, menarik pelancong dari dalam dan luar negara yang berminat dengan inisiatif pembangunan mampan.

 

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …