WASPADA RISIKO PENYAKIT LEPTOSPIROSIS

LEPTOSPIROSIS ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria “Leptospira”. Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, dan haiwan-haiwan yang lain.

Pengesanan dan rawatan awal akan dapat mengelakkan komplikasi dan kematian akibat penyakit ini. Oleh itu, ketahui simptom penyakit Leptospirosis serta langkah-langkah pencegahan yang boleh anda lakukan untuk kesihatan dan keselamatan anda dan keluarga tersayang.

 

 

Individu yang dijangkiti akan mengalami simptom seakan-akan demam. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kegagalan organ hati. Jika ia menjadi semakin teruk, leptospirosis boleh bertukar menjadi penyakit Weil, satu kondisi yang boleh membawa maut.

Penyakit leptospirosis selalunya menjangkiti dari satu individu ke individu yang lain melalui air kencing. Hampir semua jenis mamalia (tikus, anjing, kuda atau lembu) boleh dijangkiti kencing tikus. Namun, mereka mungkin tidak akan menunjukkan sebarang simptom.

Haiwan yang dijangkiti akan mencemari tanah dan air dengan bakteria. Kemudian, ia akan merebak pula kepada binatang atau manusia lain.

Anda boleh dijangkiti leptospirosis dengan cara:

  • Tersentuh air kencing atau cecair badan haiwan yang dijangkiti.
  • Air atau tanah yang dicemari termasuk ke dalam mata, hidung, mulut atau melalui luka pada kawasan kulit.

Leptospirosis kencing tikus boleh merebak selepas hujan lebat dan banjir. Air banjir yang mengandungi bakteria ini kemudiannya mengalir memasuki sungai dan tasik.

Walau bagaimanapun, kencing tikus jarang sekali merebak dari satu individu ke individu yang lain.

 

Simptom Penyakit Leptospirosis Dalam Kalangan Manusia

Leptospirosis kencing tikus boleh mendatangkan pelbagai simptom. Namun, ada juga penghidapnya yang tidak menunjukkan sebarang tanda. Dalam kes yang serius, pesakit mungkin mengalami pendarahan yang serius dan kerosakan organ.

Antara simptom penyakit leptospirosis yang akut ialah:

  • Demam panas
  • Mata merah
  • Pening kepala
  • Rasa sejuk, menggigil
  • Sakit otot
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Jaundis
  • Naik ruam pada badan
  • Selain itu, kencing tikus yang serius (sindrom Weil) boleh menunjukkan simptom dalam masa 3-10 hari kemudian.

Antara tanda-tandanya ialah:

  • Batuk berdarah
  • Sakit dada
  • Sukar bernafas
  • Kulit dan mata menjadi kuning
  • Tinja berwarna hitam
  • Darah dalam air kencing
  • Kurang kencing
  • Ruam leper berwarna merah pada kawasan kulit (petechiae)

Doktor akan merawat jangkitan leptospirosis kencing tikus menggunakan antibiotik. Jika kes anda tidak serius, simptom mungkin akan pulih sendiri tanpa rawatan.

Sekiranya anda mempunyai penyakit leptospirosis yang serius, anda akan dimasukkan ke dalam hospital. Doktor akan memberikan antibiotik terus melalui IV. Bergantung kepada keseriusan, pesakit mungkin perlukan ubat-ubatan dan prosedur lain.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut