DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Pemeriksaan tayar dan brek serta pemeriksaan buku log pemandu, pelesenan kenderaan dan pelesenan pemandu, antara perkara utama diberi tumpuan anggota Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, yang bertugas memeriksa bas ekspres di Terminal Bas Penang Sentral dan Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang sempena Ops Khas HRAA 2024.
Tujuan pemeriksaan ini dilakukan bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang



