SISIPAN SEJARAH: PERJANJIAN BURNEY

Pada 20 Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani oleh Kerajaan British dan Kerajaan Siam. Kapten Burney telah dihantar ke Siam oleh Kerajaan British sebagai Wakil Perunding. Perjanjian ini adalah mengenai hubungan Kerajaan British-Siam berhubung dengan taraf dan kedudukan negeri-negeri di Utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.  Kapten Burney berhadapan kesukaran dalam siri rudingan yang diadakan dan terpaksa menunggu selama enam bulan di Bangkok sehinggalah perjanjian ini dipersetujui. Dalam perjanjian ini, beberapa perkara telah dipersetujui antaranya Kerajaan Inggeris mengakui bahawa pihak Siam akan tetap berada di negeri Kedah dan pihak Inggeris tidak akan menyerang serta tidak berhasrat untuk mengambil alih Kedah. Kerajaan Inggeris juga membenarkan Siam, Cina atau bangsa-bangsa Asia yang tinggal di Pulau Pinang, untuk menetap di Kedah sekiranya mereka suka.  Perjanjian Burney 1826 ini tidak disenangi oleh pegawai-pegawai Inggeris di Pulau Pinang terutamanya mengenai syarat-syarat yang berkaitan dengan Kedah ini.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut