FENOMENA KOMPANG, REBANA MENYATUPADUKAN MELAKA SEANTERO NUSANTARA

Banda Hilir – Pertandingan Kompang dan Persembahan Rebana Nusantara bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan dijadikan sebagai acara tahunan memartabatkan seni berzaman itu ke peringkat lebih tinggi.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pertandingan seumpama itu dilihat berpotensi menyatupadukan masyarakat antara negara nusantara seperti Indonesia, Singapura serta lain-lain.

Katanya, ia secara tidak langsung merancakkan lagi promosi kepada pelancongan Melaka.

“Kalau kita lihat pemenang utama datangnya dari negara jiran (Indonesia). Sudah tentu dengan adanya penganjuran ini, bukan sahaja melibatkan peserta dari luar tetapi satu rombongan besar dari sana datang ke Melaka memberi sokongan.

“Secara tidak langsung ini dapat memberi pulangan kepada kerajaan dan juga rakyat Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kompang dan Persembahan Rebana Nusantara sempena TMM2024 di Pavilion Melaka, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Zaidi Attan, Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA), Drs. Mohd Nasruddin Rahman dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP), Sa’ari Basiron.

Katanya, berdasarkan sambutan yang amat memberangsangkan, pihaknya yakin program kesenian itu mampu menarik lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.

“Saya cukup yakin dengan kita memberikan hadiah yang cukup menarik, ini akan memberi rangsangan kepada orang ramai mengetengahkan bakat bermain kompang dan rebana,” katanya.

Terdahulu, Sekolah Kebangsaan Selandar telah memenangi johan bagi kategori Sekolah Rendah, Kompang Asis Sekolah Menengah Sains Shah Alam (kategori 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡), 𝐆𝐞𝐦𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚 (kategori IPT) dan 𝐊𝐚𝐛𝐮𝐩𝐚𝐭𝐞𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧𝐛𝐚𝐭𝐮 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐌𝐞𝐝𝐚𝐧, 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 (kategori Terbuka dan Persembahan Terbaik).

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …