DUA KEMENTERIAN TELITI PANDUAN, KOD ETIKA AI

KUALA LUMPUR: Dua kementerian sedang meneliti dan membangunkan garis panduan dan kod etika bagi pembangunan dan pelaksanaan kecedersasan buatan (AI) atau Kod Etika dan Pentadbiran Kecerdasan Buatan (AIGE).

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata kementeriannya bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membangunkan kod etika itu sebagai langkah pengawalseliaan pembangunan dan adaptasi teknologi AI yang bertanggungjawab.

Katanya, dokumen berkenaan menggariskan panduan khusus berkaitan adaptasi AI yang turut menitikberatkan prinsip-prinsip yang selari dengan kehendak agama, budaya, identiti dan perundangan negara.

“Setakat ini, terdapat Jawatankuasa Blockchain dan Kecerdasan Buatan Negara atau National Blockchain and Artificial Intelligence Committee (NBAIC) yang diterajui oleh MOSTI.

“Ia bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju strategik, menyelaras serta memantau inisiatif dalam Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021 – 2025.

“Melalui Jawatankuasa Kerja berkaitan Perundangan dan Etika, urusan merangka penyelesaian perundangan yang mengekang pembangunan inovasi teknologi AI akan dilaksanakan mengikut prinsip dan garis panduan yang ditetapkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas)

Mengulas lanjut, Gobind berkata, Kementerian Digital juga sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi-agensi Kerajaan lain dalam memastikan penggunaan teknologi AI yang beretika dan selamat.

“Khususnya alam penciptaan kandungan kerana teknologi AI mempunyai potensi besar untuk merevolusikan industri kandungan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai AI Talent Roadmap 2024-2033, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang pula berkata, pelan tindakan itu selari dengan usaha kerajaan dalam menerokai peluang ekonomi baharu dengan menyediakan bakat negara yang mencukupi.

Katanya, kerajaan akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kementerian lain melalui beberapa tindakan antaranya, Pembangunan Bakat di bawah Jawatankuasa Blockchain dan Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NBAIC) yang diterajui oleh KPT, di dalam Jawatankuasa Kerja Ketiga (JK3).

“MOSTI menerusi program pembangunan bakat professional berusaha untuk mencapai 200 sasaran menjelang tahun 2025,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng).

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut