RASUAH: INSTITUT MEMANDU BERDEPAN PEMBATALAN LESEN

Institut memandu yang dikesan terlibat dalam gelaja rasuah pengujian memandu termasuk sindiket lesen terbang atau lesen ‘kopi o’ berdepan tindakan pembatalan permit pengoperasian. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia merupakan peringatan berterusan kepada pihak berkenaan sekali gus dapat meningkatkan integriti proses penilaian sesuai dengan pelaksanaan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting).

Pihaknya juga bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem eTesting supaya dapat memastikan satu sistem lebih berintegriti dapat dilaksanakan. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan mungkin ada lagi sindiket-sindiket yang cuba mengambil kesempatan dan ia akan di banteras bersungguh-sungguh.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memperkenalkan eTesting bermula April lalu. Pelaksanaan sistem itu akan membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan manakala prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera. Dalam pada itu, Anthony mengingatkan orang ramai bahawa mana-mana pihak yang cuba mengiklankan dalam media sosial dengan menawarkan sesuatu bayaran tanpa melalui proses pengujian ia merupakan sindiket penipuan. Kegiatan rasuah dalam industri pengujian pemanduan perlu dihapuskan kerana tindakan tersebut akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutamanya golongan muda.

Pihaknya menerima banyak permohonan daripada institut memandu berhubung pelaksanaan eTesting sejak ia diperkenalkan. Kumpulan pertama akan mendapat surat (kelulusan) tidak lama lagi. Beliau difahamkan JPJ telah memproses permohonan mereka, selepas itu mereka boleh memulakan pengambilan pelajar menggunakan sistem eTesting.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …