29 PATI DITAHAN DALAM SERBUAN IMIGRESEN TERHADAP KILANG LOGISTIK

GOMBAK: Cubaan sebahagian pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di sebalik timbunan kotak, gagal apabila mereka dapat dikesan sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyerbu sebuah kilang, hari ini.

Dalam serbuan jam 11 pagi terhadap sebuah kilang logistik dekat Kundang di sini, seramai 29 lelaki warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa JIM yang menjalankan operasi bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM, Basri Othman, berkata kesemua 29 PATI ditahan didapati terbabit dalam pelbagai kesalahan imigresen.

“Seramai 128 warga asing diperiksa membabitkan pekerja di kilang berkenaan dan hasil saringan yang dijalankan mendapati 29 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

“Individu ditahan membabitkan 21 lelaki warga Bangladesh dan lapan lelaki warga Nepal berusia 21 hingga 51 tahun.

“Mereka berperanan sebagai operator di kilang logistik ini dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui berapa lamakah mereka sudah bekerja di kilang ini” katanya pada sidang media sejurus operasi berakhir.

Basri berkata, serbuan yang dijalankan ini adalah hasil daripada maklumat penduduk di kawasan berhampiran yang bimbang tentang lambakan warga asing di kawasan mereka.

“JIM telah melaksanakan risikan selama satu minggu berdasarkan aduan penduduk setempat yang merasakan gusar dengan lambakan warga asing sehingga membawa kepada serbuan pada hari ini.

“Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke ibu pejabat Imigresen untuk pemeriksaan dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, semakan mendapati angka pekerja warga asing di dalam sistem kilang tersebut dilihat tidak sepadan dengan jumlah sebenar.

“Kami dapati jumlah pekerja dalam sistem tidak sebanyak seperti tangkapan yang dibuat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penguatkuasaan dan ATIPSOM, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Abd Kadir Muhamad, berkata semakan mendapati majikan kilang itu menyediakan penginapan untuk pekerja, namun tidak mengikut syarat ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam pekerja menginap di penginapan yang ditetapkan oleh majikan mereka.

“Kita akan membuka kertas siasatan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446],” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut