RANTAU PANJANG 22 Jun : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan dua kes daripada Batalion 9 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras barangan kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 115 liter minyak petrol dan sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan, ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki barang kawalan.
Turut ditahan bersama seorang wanita tempatan berusia 20an, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.