SEORANG LELAKI DITAHAN BERSAMA KENDERAAN DALAM CUBAAN SELUDUP BARANG KAWALAN

Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tanah Merah, Kelantan. Semasa serbuan pasukan menahan sebuah kenderaan jenis Produa Axia berpendaftaran tempatan disyaki membawa muatan minyak petrol didalam tong jerikin bagi mengaburi pihak berkuasa.
Lokasi kejadian di sebuah stesen minyak di Kg. Chedok Tanah Merah, Kelantan sekitar jam 6.00 petang kelmarin telah menyita anggaran 75 liter minyak petrol ditemui.
Saspek ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40an. Selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pemilik stesen minyak turut diambil tindakan dengan menahan untuk tindakan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Siasatan awal mendapati kesemua saspek membuat pembelian pengisian secara berulang kali distesen sekitar Tanah Merah, Kelantan dengan kuantiti yang biasa namun kerap kali dibeberapa buah stesen.
KPDN Kelantan sentiasa serta melipat gandakan usaha membanteras ketirisan barang kawalan di sempadan negara ini bersama dengan agensi berkaitan sempadan dari masa ke semasa.
Dalam masa yang sama juga Penguat Kuasa KPDN Kelantan mempergiatkan lagi usaha dengan mengadakan Pemantauan dan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di stesen-stesen minyak sekitar radius 50 km dari sempadan negara.

Artikel/Berita Terkini

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Ada yang masih bertanya mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dilaksanakan Kerajaan. Berikut adalah Soalan Lazim atau FAQ untuk makluman …
Maklumat Lanjut

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN  Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin timuran dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung sehingga 10 …
Maklumat Lanjut

HARI INTEGRITI NASIONAL DAN KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL

Pada hari ini 7 November dalam tahun 2008, Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti Nasional dan Konvensyen Integriti Nasional 2008 disempurnakan …
Maklumat Lanjut