PROGRAM DIPLOMAT MINDA: KESEDARAN KESELAMATAN SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR.

Program ini adalah program kolaborasi antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu dengan Kolej Vokasional Wakaf Tembesu melibatkan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Khamis) bertempat di Surau KV Wakaf Tembesu, Kuala Nerus

Tujuan perlaksanaan program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam membantu pelajar memahami risiko yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dan internet serta mendedahkan pelajar tentang jenis ancaman siber seperti phishing, malware, dan penipuan dalam talian. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menggalakkan amalan keselamatan yang baik dalam aplikasi permainan dan penggunaan internet dengan memberikan pengetahuan tentang cara-cara untuk melindungi maklumat peribadi seperti menggunakan kata laluan yang kukuh dan tidak berkongsi maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali serta mengajar pelajar cara mengenal pasti dan mengelakkan laman web atau e-mel yang mencurigakan.

 

 

 

 

Pengisian utama program adalah memfokuskan kepada tiga teras utama iaitu keselamatan negara, keselamatan siber dan penggunaan gajet dengan selamat serta sihat. Dalam program ini juga turut dijemput Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Terengganu (SKMM) untuk memberikan taklimat berkaitan ancaman siber dan Majlis Sukan Negara Negeri Terengganu (MSNT) untuk menyampaikan taklimat berkaitan penggunaan gajet yang selamat serta sihat. Pihak MKN Negeri Terengganu juga turut menyampaikan taklimat berkaitan peranan MKN serta Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar serta warga pendidik akan kepentingan dalam menjaga keselamatan peribadi ketika menggunakan capaian internet serta bersama mencegah ancaman keselamatan siber selaras dengan prasa kata Majlis Keselamatan Negara iaitu β€˜Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut