KPDN KELANTAN BERSAMA GPS MENYANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI POS TUEL, GUA MUSANG, KELANTAN

GUA MUSANG 22 Jun: Gerakan Pengguna Negeri (GPN) dengan kerjasama Unit Pendayaupayaan Pengguna, GPD Gua Musang, dan GPS UITM Machang telah melaksanakan Program Klinik Kepenggunaan Bersama GPS dan Masyarakat Orang Asli Pos Tuel yang berlangsung pada di Pos Tuel, Daerah Gua Musang, Kelantan disini hari ini.
Program ini diadakan dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran golongan sasar terhadap isu-isu semasa kepenggunaan, sekaligus memupuk semangat kerjasama antara GPS dan warga Orang Asli. Ini juga akan membina jalinan masyarakat yang sihat dan bersatu padu di kalangan komuniti Orang Asli.
Objektif program menyokong seruan Kerajaan agar agensi kerajaan turun padang untuk mendengar dan menyelesaikan permasalahan orang Asli secara langsung. Selain memberikan pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.
Dalam pada itu meningkatkan pengetahuan dan daya saing ekonomi komuniti Orang Asli dan menyediakan pendedahan awal kepada GPS mengenai gaya hidup masyarakat Orang Asli serta menggalakkan mereka untuk turut serta dalam pergerakan kepenggunaan.
Aktiviti dilaksanakan termasuk permainan sukan rakyat untuk semua kategori umur, ceramah kepenggunaan kepada Ketua Isi Rumah untuk meningkatkan kesedaran, agihan bakul pengguna untuk memberi manfaat langsung kepada komuniti dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memperkuatkan hubungan komuniti.
KPDN Kelantan berharap Program Klinik Kepenggunaan ini akan membawa manfaat yang berkekalan kepada masyarakat Orang Asli Pos Tuel dan membina asas ke arah komuniti yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing. Selain mengalu-alukan kehadiran semua pihak yang terlibat dan berharap program ini menjadi landasan yang positif bagi perkembangan kepenggunaan di Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut