CARA ATASI BURN OUT DI TEMPAT KERJA

Sesetengah orang membuat keputusan untuk mengambil cuti rehat kerana penat bekerja dan ingin bercuti. Namun diri masih tetap lemau apabila pulang bercuti. Hal ini mungkin disebabkan diri anda memerlukan rehat jenis lain. Berikut dikongsikan 7 jenis rehat yang boleh diamalkan.

  1. Rehat fizikal

Rehat fizikal bermaksud anda melakukan aktiviti yang boleh merehatkan tubuh badan. Antaranya adalah tidur dan melakukan senaman seperti yoga.

  1. Rehat rohani

Sekiranya cuti rehat masih tidak mampu mengembalikan tenaga, ini bermakna anda perlukan rehat rohani di mana boleh melakukan aktiviti seperti jalan selama 30 minit di taman. Selain itu, anda juga boleh memasuki sebarang program sukarela untuk memenuhi aktiviti rehat rohani ini.

  1. Rehat deria

Selanjutnya adalah rehat deria yang bermaksud berehat dari rangsangan audio dan visual secara berterusan. Caranya adalah dengan tidak bermain telefon sebelum tidur.

  1. Rehat emosi

Seterusnya, rehat emosi diperlukan jika anda rasa cuti rehat tersebut tidak mencukupi. Keluar dan bertemu kawan untuk bersembang agar diri rasa lebih tenang.

  1. Rehat mental

Rehat mental bermaksud melakukan aktiviti yang memberi peluang kepada anda untuk berfikir. Antaranya adalah menulis agar minda dapat berfikir.

  1. Rehat sosial

Rehat sosial diperlukan sekiranya cuti rehat tidak mampu memberi ketenangan. Beri masa untuk bersendirian atau bersama orang yang memberi anda tenaga seperti rakan baik atau ahli keluarga.

  1. Rehat kreatif

Akhir sekali adalah anda memerlukan rehat kreatif yang membawa makna melakukan aktiviti berkaitan kreativiti seperti melawat muzium dan mencari hobi baharu.

Kesimpulannya, jangan abaikan 7 jenis rehat sekiranya anda sentiasa penat atau burn out di tempat kerja.

Sumber: FB Sirap Limau

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …