KKTP KETUAI ‘TASK FORCE’ ISU TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

LAWATAN: Dr. Joachim (duduk tengah) bergambar bersama Dr. Jamili (empat kiri) dan semua yang hadir ke lawatan kembara PBT Kota Marudu.

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah akan mengetuai ‘task force’ bagi mengkaji dan mencari penyelesaian tapak pelupusan sampah bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri.

Isu itu adalah antara perkara-perkara yang dibangkitkan dalam siri lawatan kembara Menteri KKTP Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam ke PBT Kota Belud dan Kota Marudu, pada Selasa lepas.

Semasa lawatan ke PBT Kota Belud, Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah telah diberikan taklimat tadbir urus oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud, Kamariah Haji Ismail.

Antara perkara yang dibincangkan bersama PBT di daerah berkenaan adalah isu masalah tapak pelupusan sampah.

Semasa lawatan ke PBT Kota Marudu pula, Dr. Joachim dan rombongan telah diberikan taklimat Tadbir Urus Majlis Daerah Kota Marudu oleh Pegawai Eksekutifnya, Abdul Sani Arsat.

Beliau dimaklumkan bahawa tapak pelupusan sampah bagi Kota Marudu tidak dapat menampung kuantiti/jumlah sampah yang dikutip oleh majlis daerah.

Selain itu, laluan jalan ke pusat pelupusan juga sudah rosak dan sukar dilalui apabila musim hujan dan perlu dinaik taraf.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada siri lawatan kembara Dr. Joachim ke semua PBT di Sabah yang bermula sejak awal tahun ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Mohd. Arshad Bistari; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud, Bakri Haji Nanun; wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud, Inspektor Sabestian Ak Pendie serta Ahli-ahli Majlis Daerah dan Pegawai-pegawai KKTP.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …