14,417 KESALAHAN DIREKODKAN SEPANJANG 10 HARI OPS HRAA

SUBANG JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor merekodkan 14,417 kesalahan sepanjang 10 hari pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2024 di seluruh Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat, berkata operasi bagi tempoh 10 hingga 19 Jun itu merekodkan 57,491 pemeriksaan kenderaan.

Menurutnya, hasil operasi JPJ Selangor mengambil tindakan ke atas 13,417 kenderaan dan sebanyak 14,417 notis dikeluarkan.

“Notis saman paling banyak dicatatkan iaitu 11,118 kes, notis larangan penggunaan kenderaan (1,338 kes), notis arah periksa kenderaan (1,407 kes) dan notis sita kenderaan (544 kes).

“Kesalahan paling banyak direkodkan ialah isu teknikal iaitu sebanyak 4,697 kes, diikuti tiada lesen memandu kompeten (CDL) (3,022 kes), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,320 kes), tiada perlindungan insurans (1,893 kes) dan selebihnya lain-lain kesalahan,” katanya ditemui selepas Op HRAA di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 5, hari ini.

OP HRAA 2024 dilaksanakan hingga 30 Jun dengan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan serta kematian akibat nahas jalan raya.

Pelaksanaan operasi dibuat menerusi sekatan jalan raya, kaedah penyamaran bergambar dengan menggunakan kenderaan tanpa logo selain penyamaran sebagai penumpang bas.

“Sembilan kesalahan utama ditekankan iaitu tidak patuh had laju, tidak patuh isyarat lampu merah, memotong di garisan kembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, tidak pakai tali pinggang atau topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju serta lebih muatan.

“Pelaksanaan Op HRAA 2024 ini diharap dapat kurangkan kadar kemalangan jalan raya selain pematuhan peraturan dan undang-undang di tahap tertinggi,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut