PULUT MANGGA DIIKTIRAF HIDANGAN MANGGA KEDUA TERBAIK DUNIA

BANGKOK: ‘Khao niao mamuang’ Thailand atau pulut mangga diiktiraf kedua terbaik daripada 26 hidangan berasaskan mangga oleh TasteAtlas, platform dalam talian, pangkalan data makanan dan minuman seluruh dunia.

Pencuci mulut tradisional Thai itu dikategorikan sebagai puding nasi oleh TasteAtlas.

Hidangan itu disediakan dengan pulut yang dikukus kemudian disiram dengan santan manis sebelum dihidangkan dengan hirisan mangga segar.

Portal berita Thai PBS World melaporkan pencuci mulut ringkas ini sangat terkenal dan boleh didapati di mana-mana kedai makan di Thailand.

Mendahului senarai hidangan berasaskan mangga ialah ‘aamras’, pencuci mulut dari Maharashtra, India.

Di tempat ketiga ialah sorbet aiskrim dari Filipina, diikuti dengan rojak, salad buah dari Jawa, Indonesia, dan chutney mangga, hidangan dari India.

Hidangan Thai lain yang mengandungi mangga dalam senarai termasuk snek ‘mamuang nam pla wan’ atau mangga hijau dengan sos ikan manis yang menduduki tempat ke-10, diikuti ‘som tam mamuang’ atau salad mangga hijau, di kedudukan ke-11, ‘nam pla wan’ atau mangga dengan sos ikan manis (ke-16) dan mangga jeruk Thai atau ‘mamuang dong’ (ke-23).

Pada April lalu, TasteAtlas mendapat kritikan daripada rakyat Thailand apabila ia menilai ‘kaeng tai pla’, kari tradisional Thai selatan, sebagai hidangan terburuk di dunia.

Platform berkenaan menjelaskan hidangan itu sebagai kari ikan yang pekat dan beraroma, disediakan dengan isi perut ikan yang diperam dan pes kari pedas, terdiri daripada lada cili, lengkuas, udang, kunyit, bawang merah dan serai.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …