SEMUA SYARIKAT DI MELAKA PERLU LAKSANA ESG – KHAIDHIRAH

Bandaraya Melaka 20 Jun – Semua syarikat perniagaan di negeri ini digalakkan mengimplementasikan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata inisiatif itu bukan sahaja membudayakan amalan hijau, malah mempromosi Melaka sebagai negeri selamat untuk dilawati.

“Justeru seminar diadakan hari ini memantapkan lagi amalan ESG yang memberi penekanan kepada pemilik perniagaan atau syarikat besar untuk menuju ke arah ESG dapat dilaksanakan.

“Memang kita tahu mana-mana syarikat khususnya syarikat besar diluar negara memang telah mengamalkan ESG ini dengan begitu menyeluruh.

“Kita tak mahu disebabkan syarikat tidak patuhi amalan ESG menjadikan mereka terhalang meneruskan perkembangan perniagaan mereka di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar ‘Transforming Your Company Into An ESG-Ready Supplier’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YF Packaging Sdn Bhd, Ku Ang Yeow.

Seminar itu disertai sebanyak 33 syarikat swasta dalam Negeri Melaka bagi melaksanakan amalan ESG.

 

Mengulas lanjut, Khaidhirah berkata penglibatan syarikat itu menunjukkan Melaka sedang aktif mempraktikkan amalan ESG.

“Ini merupakan satu inisiatif untuk memastikan anjakan kepada peratusan syarikat-syarikat yang mempraktikkan ESG ini dalam perniagaan mereka,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

LALUAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT DINAIK TARAF KEPADA EMPAT LORONG

Durian Tunggal – Jalan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan dinaik taraf kepada …

OPERASI HARIAN & RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …

JENIS TAHI TELINGA MAIN PERANAN BAU BADAN?

Setiap individu mempunyai bau badan yang tersendiri. Kebiasaannya, bau yang datang dari anggota badan bermula daripada peluh. Perkara ini akan …