SIASATAN ADUAN AWAM BERKENAAN STESEN MINYAK TERPUTUS BEKALAN

#penguatkuasaan TUMPAT : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan siasatan aduan awam yang tular di media sosial berkaitan sebuah stesen minyak terputus bekalan disini hari ini.
Pemeriksaan telah dijalankan terhadap satu klip video yang tular terhadap stesen minyak di Kota Kubang Labu Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan yang mana terputus bekalan.
Hasil pemeriksaan mendapati stesen terputus bekalan pada awal pagi sehingga jam 11.00 pagi. Bekalan terputus akibat bekalan yang jangkaan sepatutnya tiba jam 10.00 malam semalam tidak tiba dan telah mengakibatkan terputus bekalan.
Walaubagaimanapun bekalan minyak telah tiba jam 11.00 pagi dan 4.00 petang hari ini. Bekalan adalah terkawal dan mencukupi untuk keperluan pengguna.
Pihak stesen juga diberikan peringatan supaya mengawal bekalan agar tidak terputus semasa cuti perayaan Aidiladha ini. Dalam masa yang sama terdapat peningkatan kenderaan awam berikutan cuti hari raya Aidiladha ini.
Selain itu menasihatkan pengusaha agar sentiasa mematuhi perundangan KPDN, khususnya berkaitan aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan.
Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- 👉 https://linktr.ee/kpdn

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …