JURAGAN CUBA SELUDUP MINYAK MASAK DITAHAN

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup 255 peket minyak masak bersubsidi dalam Op Taring Gelora di kawasan laut Pulau Denawan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, seorang juragan tempatan berusia 22 tahun yang menggunakan bot jenis fiber ditahan anggota PPM Semporna.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan ke atas bot itu menemui 15 kotak dan setiap kotak berisi 17 peket minyak masak di dalam ruangan bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut, juragan gagal menunjukkan dokumen yang sah memiliki barang kawalan berkenaan yang cuba diseludup ke negara jiran.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM91,880,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, juragan, bot fiber ditahan dan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …