APMM TERENGGANU: 111 BOT NELAYAN ASING (RM27.5 JUTA) DILUCUT HAK DAN DILUPUSKAN

Tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak ditenggelamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dijadikan tukun tiruan di sekitar perairan Pulau Kapas , Marang. Timbalan Pengarah Operasi APMM Terengganu Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar berkata, tiga bot nelayan Vietnam ditahan pada 2022 dan 2023 dilupuskan secara ditenggelamkan untuk dijadikan tukun di perairan Pulau Kapas, dengan nilai pelupusan bernilai RM800,000.

Menurutnya, pada tahun ini APMM Terengganu berjaya melupuskan sebanyak sembilan bot nelayan asing Vietnam dengan anggaran nilai pelupusan berjumlah RM1.7 juta. Bagi tujuan pelupusan APMM melaksanakan dua kaedah pelupusan iaitu secara musnah pecah dan tenggelam sebagai tukun.

APMM Terengganu sudah melakukan pelupusan secara musnah pecah bagi empat buah bot nelayan asing pada 19 April lalu dengan nilai pelupusan sebanyak RM450,000. Dua buah bot lagi dilupuskan melalui kaedah ditenggelamkan sebagai tukun pada 30 April lalu dengan nilai pelupusan berjumlah RM400,000.

Untuk rekod sebanyak 111 buah bot nelayan asing Vietnam sudah di lucut hak dan dilupuskan Maritim Malaysia Terengganu dari 2020 sehingga 13 Jun lalu dengan anggaran nilai perolehan asal bot sebanyak RM27.5 juta. APMM Terengganu masih mempunyai tujuh bot nelayan asing yang sudah mendapat kelulusan pelupusan dan akan dilupuskan pada tahun ini.

APMM sentiasa memastikan kesejahteraan dan keamanan perairan negara. Justeru, komuniti maritim diminta untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak APMM agar pencerobohan bot nelayan asing ini dapat di bendung.

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut