SISIPAN SEJARAH PADA 12 JUN 1963: PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada hari ini dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah badan perunding Maphilindo. Persetujuan itu dibuat bagi memudahkan usaha-usaha menyelesaikan sengketa ketiga-tiga buah negara mengenai gagasan Malaysia. Selain dari itu, pembentukan badan itu juga diharapkan akan dapat mengeratkan kerjasama ketiga-tiga buah negara dalam bidang-bidang keselamatan, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Dalam persidangan itu juga, Menteri-menteri Luar Tanah, Indonesia dan Filipina iaitu Tun Abdul Razak, Dr. Subandrio dan Emmanuel Palaez telah berbincang secara serius mengenai soal-soal pokok yang menjadi punca sengketa. Sempena persidangan tersebut beberapa persetujuan lain turut dicapai. Antaranya ialah Filipina dan Indonesia bersetuju menarik balik tentangan mereka terhadap penubuhan Malaysia jika Perdana Menteri, Tanah Melayu sanggup mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Tanah Melayu pula bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan Filipina terhadap Sabah secepat mungkin. Ketiga-tiga buah negara juga telah mencapai persetujuan untuk sama-sama menjaga kestabilan, keamanan dan keselamatan rantau ini dari sebarang ancaman musuh. Kesemua persetujuan di sidang Menteri-menteri Luar ini telah mendapat pengesahan dan ditandatangani oleh ketua ketiga-tiga buah negara, Tunku Abdul Rahman Putra, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal di sidang kemuncak Manila pada 31 Julai 1963. Persetujuan yang lebih dikenali sebagai ‘Manila Accord’ telah berjaya membentuk ‘Maphilindo’.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut