PANTAU JUALAN DIESEL DI SABAH ELAK KETIRISAN

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Negara (YPNM) Sabah meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap jualan diesel di Sabah bagi mengelak sebarang ketirisan.

Pengerusinya, David Chan, berkata langkah itu sejajar keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan mengecualikan penyasaran subsidi bahan api itu di Sabah dan Sarawak.

Katanya, pengecualian itu penting bagi memastikan rakyat Sabah dan Sarawak tidak berdepan kenaikan kos kerana terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda berenjin diesel berikutan keasaan jalan dan bentuk muka bumi yang mencabar.

“Landskap Sabah yang begitu luas dengan jalan berbukit dan tidak menentu, terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan sudah tentu penggunaan minyak diesel yang banyak, termasuk bot-bot besar dan kecil untuk menghubungkan kawasan pedalaman Sabah.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa perlu sentiasa memantau sebarang ketirisan minyak diesel bersubsidi yang diberikan kepada pengguna di Sabah supaya mereka boleh menikmati pemberian subsidi daripada keprihatinan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengerusi YPNM Sabah, David Chan.

David yang baru dilantik sebagai Pengerusi YPNM Sabah berkuatkuasa semalam, berkata beliau juga berterina kasih kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali atas inisiatif meneruskan pemberian subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

Mengenai fungsi YPNM, David yang juga Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, berkata yayasan itu yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai visi untuk melindungi kepentingan hak pengguna dan bekerjasama dengan semua jabatan serta agensi kerajaan negeri, persekutuan dan swasta di Sabah.

“Kerjasama antara Sabah dan persekutuan adalah untuk menangani isu-isu kepenggunaan dalam memberi manfaat yang besar kepada pengguna-pengguna di negeri ini,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut