IMIGRESEN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 12 LOKASI, TAHAN 46 PATI

Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur 12 lokasi tumpuan warga asing di sekitar daerah ini dan Kuala Pilah, dalam operasi lebih 12 jam sehingga awal pagi semalam.

Penahanan itu membabitkan 14 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar, lapan lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan, lima lelaki warga India dan seorang lelaki serta dua wanita warga Sri Lanka. Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kian, mereka yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 47 tahun. Semua PATI itu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 selepas pemeriksaan ke atas 84 individu dari pelbagai negara.

Ketika operasi dijalankan di salah satu lokasi, terdapat cubaan melarikan diri dengan merempuh pegawai Imigresen yang terbabit serta berlaku adegan meraih simpati dengan merayu kepada pegawai untuk dilepaskan. Namun kesemuanya telah dapat diberkas oleh pasukan serbuan dan mereka yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. Sebanyak 11 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan/penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut