PENJAWAT AWAM DITAHAN RASUAH URUSAN MOHON TANAH

Penjawat awam agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM10,000 sebagai balasan urusan permohonan berkaitan tanah. Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an ditahan jam 6.40 petang semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Perbuatan rasuah itu disyaki dilakukan sekitar Jun tahun lalu. Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini pagi tadi untuk permohonan reman. Majistret Syed Mohd Farid Bin Syed Ali membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek bagi membantu siasatan bermula hari ini hingga 17 Jun.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …