π—¦π—˜π—£π—˜π—₯π—§π—œ π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—•π—˜π—Ÿπ—”π—§

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Menjadi tumpuan di kalangan warga asing pada setiap hujung minggu, terminal bas Bukit Mertajam dikejutkan dengan kehadiran anggota penguatkuasa imigresen yang menjalankan operasi di sekitar terminal berkenaan. Pelbagai reaksi yang dapat dilihat, ada yang berusaha untuk melarikan diri, ada yang tidak mahu turun daripada bas dan ada yang meratap menangis mohon dilepaskan namun kecekapan anggota operasi telah berjaya membatasi keadaan.
Seramai 198 orang warga asing telah diperiksa semasa operasi dijalankan dan hasilnya seramai 20 orang yang berumur 6 hingga 45 terdiri daripada warganegara Nepal, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar telah berjaya ditangkap.
Pemeriksaan awal mendapati PATI yang berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan & Pas yang sah serta ada yang telah tinggal lebih masa. Semua tangkapan warganegara asing terbabit akan ditahan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut jabatan.
Sumber : JIM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

SISIPAN SEJARAH : UPACARA PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI KEPADA PASUKAN POLIS HUTAN, PASUKAN POLIS SIMPANAN PERSEKUTUAN DAN PASUKAN POLIS LAUT

Pada 24 Julai dalam tahun 1971, upacara penganugerahan Panji-panji kepada 15 Batalion Pasukan Polis Hutan, Pasukan Polis Simpanan Persekutuan dan …
Maklumat Lanjut

π—žπ—˜π— π—£π—˜π—‘ π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut