π—•π—˜π—₯π—šπ—˜π—Ÿπ—¨π—§ π—žπ—˜π—§π—œπ—žπ—” 𝗛𝗨𝗝𝗔𝗑 π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—Ÿπ—’π—Ÿπ—’π—¦

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Cubaan beberapa orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk melarikan diri gagal apabila mereka berjaya diberkas oleh penguatkuasa imigresen Pulau Pinang tatkala hujan lebat semasa serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah kongsi yang terletak di satu tapak pembinaan perumahan, Kepala Batas , Seberang Perai Utara.

Menyedari kehadiran penguatkuasa, mereka bertindak melarikan diri namun ketangkasan anggota penguatkuasa telah berjaya memberkas seramai 15 orang PATI yang menghuni rumah kongsi berkenaan.
Mereka yang ditangkap berumur di antara 25 hingga 45 tahun itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.
Pemeriksaan awal mendapati PATI yang berkenaan tidak memiliki dokumen perjalanan & Pas yang sah serta ada yang telah tinggal lebih masa. Siasatan lanjut ke atas mereka dan pemilik premis akan dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
Sumber : JIM Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …