RAKYAT MALAYSIA MAKIN GEMUK, 11 JUTA BERAT BADAN BERLEBIHAN

Masalah kegemukan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila kini 1 daripada 2 individu dewasa di negara ini atau kira-kira 11 juta orang mengalami berat badan berlebihan dan obes. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan sebanyak 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan. Rekod itu meningkat 3 peratus berbanding 50.1 peratus pada 2019.

Malaysia kini dianggarkan mempunyai 22 juta rakyat dewasa berusia 18 tahun dan ke atas. Laporan NHMS 2023 juga merekodkan trend berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa di Malaysia meningkat 10 peratus antara 2011 hingga 2023. Pada 2011, data merekodkan sebanyak 44.5 peratus golongan dewasa mengalami lebihan berat badan berdasarkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 25, manakala sebanyak 47.7 peratus pada 2015, 50.1 peratus (2019) dan 54.4 peratus (2023). Cara untuk menentukan BMI individu dewasa adalah dengan membahagikan berat badan (kg) dengan ketinggian (m2).

Masalah kegemukan rakyat Malaysia perlu diambil perhatian lebih serius oleh semua pihak kerana perkara tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan. Obesiti dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung. Jadi, setiap pihak perlu memberikan kerjasama serta bertanggungjawab bagi memastikan rakyat Malaysia mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Orang ramai digesa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat dengan menjaga pemakanan, mengambil kuantiti makanan yang sepatutnya dan tidak mengambil makanan berkalori secara berlebihan. Ibu bapa diminta mengawal dan menjaga pemakanan anak-anak terutama mereka yang masih di lingkungan umur 8 tahun dan ke bawah.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut