PENGHANTAR BARANG DITUDUH GAGAL PATUH AWARD TTPM

Penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kepada seorang individu berjumlah RM17,500 bagi tujuan membaik pulih rumah terbengkalai. Bagaimanapun Saharudin Anuar Abu Hasan, 39, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, orang kena saman (OKS) gagal mematuhi Award TTPM bertarikh 22 Mac 2022 yang memerintahkan Saharudin Anuar membayar RM17,500 kepada penuntut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh serahan award. Kesalahan itu dilakukan pada 28 Oktober 2022 di Pejabat TTPM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Seremban 2. Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun tiada hukuman ditetapkan dan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Janawatul Fieza Hamisan memohon tarikh lain untuk sebutan fakta kes serta hukuman. Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu lapor diri di Pejabat KPDN setiap bulan sehingga kes selesai. Sebutan semula pada 23 Julai 2024.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut