“BERTINDAK SECARA RASIONAL,” NASIHAT MUSTAPHA KEPADA SEKRETARIAT PERHIMPUNAN #KAMIMAHUAIR

KOTA KINABALU: Sekretariat Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah dinasihatkan supaya bertindak secara rasional sebelum mengadakan perhimpunan itu yang dijadualkan pada 14 Jun ini di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) atau Menara Kinabalu, di sini.

Nasihat itu diberikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud ketika mengulas pembabitan pelajar, khususnya dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam penganjuran perhimpunan berkenaan.

Beliau mengajak pelajar yang terbabit dalam kempen perhimpunan itu untuk menyertai lawatannya ke UMS, di sini, bagi meninjau perkembangan projek telaga tiub yang bertujuan membantu meredakan masalah air di kampus itu pada Ahad ini.

“Saya menyeru kepada Sekretariat Perhimpunan Mahasiswa agar dapat menyertai lawatan saya meninjau status Projek Telaga Tiub di sekitar kampus pada 9 Jun 2024 jam 8 pagi.

“Diharap mereka dapat mendengar dan melihat sendiri perkembangan projek-projek tersebut dan bertindak secara rasional serta menghargai usaha yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UMS dalam menyediakan bekalan air alternatif untuk menampung keperluan pelajar,” katanya.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, menegaskan pendirian universiti tidak menyokong sebarang tindakan atau usaha dilakukan mana-mana kumpulan pelajarnya yang mahu mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi sebarang kempen atau protes terhadap isu air atau apa saja isu di Sabah.

Beliau berkata universiti itu pada dasarnya tidak membenarkan sebarang aktiviti yang boleh mewujudkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap ketenteraman awam.

“UMS tidak pernah menggalakkan pelajarnya untuk mengadakan perhimpunan atau aktiviti di tempat awam yang tidak mendapat permohonan dan kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Pihak universiti percaya sebarang isu boleh disuarakan mengikut prosedur dan saluran yang betul tanpa perlu mengambil tindakan secara membuta tuli,” katanya.

Kenyataan itu menyusul berikutan penganjuran satu kempen yang dipanggil Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah pada 14 Jun ini di hadapan PPNS atau Menara Kinabalu, di sini, yang dilancarkan melalui laman Facebook Suara Mahasiswa UMS, baru-baru ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut