700 PELUANG PEKERJAAN SETELAH SIAP PEMBINAAN KILANG DI KERTEH

Syarikat Greenverse Holding Sdn Bhd telah mengumumkan rancangan pembinaan kilang ‘Pengurusan Kemudahan Bersepadu Sisa Terjadual’ di Kerteh Biopolymer Park, yang dijangka mencipta lebih 700 peluang pekerjaan untuk penduduk setempat. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili, menyatakan bahawa kilang tersebut akan menjadi pemangkin ekonomi kawasan berkenaan.

Menurutnya, projek itu mendapat sokongan kuat daripada rakan kongsi utama, China Hyway Group Limited, sebuah syarikat antarabangsa yang berpengalaman dalam pelbagai bidang industri. “Dengan pelaburan sebanyak RM247 juta, kilang ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Fasa pertama dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2025, manakala fasa kedua dijangka siap pada tahun 2028. Tambah Saiful, beliau berharap agar Greenverse Holding dapat memastikan segala perjalanan operasi syarikat berjalan lancar dan sempurna dalam mengurus sisa terjadual secara menyeluruh, dengan menumpukan kepada penyelesaian ‘Cradle-to-Cradle’ (C2C). “Ini selaras dengan prinsip ekonomi kitaran yang dilaksanakan mengikut polisi serta prinsip yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Projek ini adalah satu langkah bijak dan inovatif dalam usaha untuk mentakrifkan semula sisa terjadual bukan sebagai ‘produk sampingan’ untuk dilupuskan, tetapi sebagai komoditi yang akan ditukar menjadi sumber berharga untuk industri lain, iaitu dari ‘Waste to Wealth’.

Beliau juga menekankan bahawa kerjasama antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan institusi pendidikan setempat akan memastikan penghasilan bakat yang berterusan untuk kemudahan dan industri tersebut.

Perjanjian pajakan tanah seluas 50 ekar telah dimeterai antara Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dan Greenverse Holding Sdn Bhd, menandakan komitmen jangka panjang dalam pembangunan industri dan ekonomi negeri Terengganu. Beliau juga berharap agar projek tersebut tidak hanya memberi manfaat kepada industri, tetapi juga kepada rakyat negeri Terengganu.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …