RASUAH: DUA PEMBANTU PENGUASA KASTAM DIDAKWA

Dua pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen atas 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,500 sejak tahun 2017 sehingga 2023. Kes ini melibatkan tertuduh, Che Mohd Taufik Che Arif, 33 tahun, yang menghadapi 13 pertuduhan, dan Mohd Afiq Ikhwan Ramli, 30 tahun, yang menghadapi satu pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Menurut pertuduhan, Che Mohd Taufik sebagai pembantu penguasa JKDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa memperoleh suapan keseluruhan RM9,000 secara rasuah. Manakala Mohd. Afiq Ikhwan pula didakwa menerima suapan berjumlah RM3,500. Bayaran itu diterima melalui atas talian dari seorang lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik syarikat terbabit yang membawa keluar barang dari kargo KLIA.

Perbuatan rasuah tersebut didakwa dilakukan di sebuah bank di Jertih dalam daerah Besut antara 17 Disember 2017 sehingga 12 April 2023. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mahkamah menetapkan 18 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan pengurusan kes. Mahkamah turut membenarkan Che Mohd. Taufik diikat jamin RM16,000 dan Mohd. Afiq Ikhwan, RM5,000 dengan seorang penjamin. Selain itu, mereka dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di Pejabat SPRM terdekat serta tidak dibenarkan menganggu saksi pendakwaan sepanjang prosiding.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Maziah Mohaide, manakala kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam, Ridha Abdah Subri. Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan seramai 23 pegawai dan anggota kastam akan didakwa di enam mahkamah sesyen seluruh negara sehingga Khamis ini selepas ditahan menerusi Ops Samba 2.0. Operasi yang bermula pada 11 hingga 25 Mac itu menumpukan siasatan ke atas mereka yang bertugas di kargo KLIA dan berjaya mengesan ketirisan hasil cukai berjumlah RM2 bilion.

Sumber: Buletin TV3 & The Sun

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …