ZAKAT PERNIAGAAN MELAKA MENINGKAT

Ayer Keroh 30 Mei – Zakat Melaka menerima bayaran keseluruhan Zakat Perniagaan sebanyak RM11,923,118.37 setakat 27 Mei lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM232,073.69 bagi bayaran zakat tersebut.

“Tahun lalu bagi tempoh yang sama jumlah keseluruhan bayaran Zakat Perniagaan adalah RM11,691,044.68, jadi tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.99 peratus.

“Manakala, setakat 30 Mei kita menerima pertambahan sejumlah RM7,420,080.13 bayaran Zakat Perniagaan melibatkan sebanyak 13 agensi korporat.

“Antaranya Lembaga Tabung Haji (RM3,363,594.33), Kumpulan UTeM Berhad (RM687,999.55), Etika General Takaful Berhad (RM650,000), Etiqa Family Takaful (RM300,000), Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (RM500,000), Syarikat Air Melaka Berhad (RM262,576), Perbadanan Melaka (MCORP) sejumlah RM82,476.21 dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di sini, hari ini.

 

Hadir sama Penasihat Undang Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan lain-lain kenamaan.

 

Mengulas lanjut, Rahmad berkata kutipan zakat di Melaka secara keseluruhan setakat 27 Mei adalah sebanyak RM68,944,566.35 iaitu meningkat RM3,046,822.48 berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Selain kutipan, bilangan pembayar zakat juga meningkat kepada 46,637 orang berbanding seramai 46,054 orang bagi tempoh sama,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan Penyerahan Anugerah Khas Potongan Gaji Majikan Tertinggi Tahun 2023 Sektor Swasta dan Sektor Awam.

 

Dua majikan itu adalah Malaysia Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farid Yaacob sebanyak RM8,665,126.80 dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif sebanyak RM1,579,925.34.

 

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut