SISIPAN SEJARAH PADA 29 MEI 1993: PELANCARAN HARI TANPA MEROKOK SEDUNIA 1993

Pada hari ini dalam tahun 1993, Hari Tanpa Merokok Sedunia 1993, dilancarkan oleh YAB Datin Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali di Institut Kesihatan Umum, Kuala Lumpur. Program ini dilancarkan untuk menyedarkan rakyat mengenai peri pentingnya amalan gaya hidup sihat di Negara ini. Dalam ucapannya, Dr. Siti Hasmah menjelaskan, hasil dari penyelidikan perubatan dan epidemiologi, jelas menunjukkan bukti nyata bahawa risiko penyakit dan kematian yang berlaku dewasa ini dihubungkaitkan dengan tabiat merokok, baik merokok secara aktif mahupun secara pasif.  Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa sekiranya pola merokok sedunia yang ada pada masa ini berterusan, maka 10 juta kematian boleh berlaku akibat penggunaan tembakau sehingga tahun 2020. Pelancaran Hari Tanpa Merokok Sedunia 1993 ini menjadi platform terhadap keinginan sejagat untuk melihat dunia bebas dari tembakau dan seterusnya mengurangkan kadar penyakit dan kematian yang disebabkan oleh tabiat merokok.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut